Feb 29, 2012

ikan Toman atau ikan Kelisa


Wanita yg diibaratkan seperti ikan mainan.
Tiada peraturan, tiada keperluan, tidak menghormati dirinya sendiri dan tiada garis panduan. Orang lelaki dapat menghidunya dari jauh. Dia adalah wanita yang suka berpesta, mencanangkan kepada sesiapa yg berminat dengannya yg dia hanya mahu berpacaran dan lihat perkembangannya selepas itu, dia berpakaian konservatif di pejabat dan hebat melakukan networking tetapi tak tahu how to approach men.

Dia tidak ada rancangan bagi menjalin hubungan, tidak mengharapkan apa-apa daripada lelaki, tidak meletakkan sebarang syarat atau batasan kpd orang yg berada di hadapannya.Dia menunjukkan dgn jelas yg dia hanya mengikut arus. Sudah tentulah apabila dia menghantar isyarat menerusi kata-kata dan gerak-geri yg dirinya boleh diperlakukan begitu, org lelaki akn melayannya begitu. Lelaki suka sikap begini.

wanita yg diibaratkan macam ikan belaan pulak.
Jual mahal sedikit n terus sahaja memberitahu standard dan keperluannya. Dia sedar akan kuasanya dan tak teragak-agak menghebahkannya. kita mungkin boleh mendekatinya dan menunjukkan betapa hebatnya kita. dia mungkin tertawan dengan cerita kita namun tiada jaminan yg dia akan memberi nombor telefonnya kpd kita. Dia mungkin tak sudi mluangkan masanya kpd kita.

Sebaik sahaja dia bersuara, kita sedar kita perlu mematuhi standard dan keperluannya sekiranya kita mahu bersamanya. Ataupun, pergi saje dari hidupnya kerana dia tidak ingin bermain dlm permainan kita. Namun, dia akan menghantar isyarat bahawa dia setia kpd kita, dapat menjaga kita, menghargai apa saja yg kita lakukan dan bersedia memberi cinta yg kekal abadi. InsyaAllah.

#dipetik dari buku Act like Lady, Think like Man


No comments:

Post a Comment